Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri    
 
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

2. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

3. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerima aduan tanpa nama atau whistleblower?. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

4. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui sistem SISPAA yang boleh dicapai melalui Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri atau melalui emel, telefon, hadir sendiri, menulis surat atau faks.

5. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader